Saturday, January 8, 2011

Roti

kali ini, saya nk tunjuk cara buat roti paling mudah.
 bahan2nya

8-9 sudu tepung gandum
11grm yis
1 cawan air
3 sudu minyak / 2 sudu magerine
2 sudu gula
garam secukup rasa

cara-caranya.

1. rendam yis bersama 1 cawan air selama 1 jam. 
2. masukkan tepung, minyak, gula dan garam ke dalam 1 bekas.
3. selepas 1 jam, masukkan yis yang telah di rendam kedalam tepung, gula, minyak dan garam. uli sehingga menjadi doh. jika doh lembik, boleh masukkan sedikit tepung.
4. setelah itu, rehatkan doh selama 1 jam dan doh mestilah ditutup dengan tuala lembab.
5. setelah 1 jam, bentukkan doh kepada bentuk bulat2 kecil dan masukkan ke dalam acuan. 
6. panaskan oven dalam kadar 180 celsius dan bakar selama 15-20 minit.
7. setelah roti masak, sapukan di bahagian atas roti dengan magerine.

No comments:

Post a Comment