KUIH-MUIH


Bahan2

400 gram tepung gandum
125gram taufu lembut
1 1/2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu (saya x masukkan))
160ml susu suam@air suam
40gram shortening
4 sudu besar gula
11gram yis(i paket kecil jenama mauripan)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
gula secukupnya untuk disalut pada donut.

cara2nya

1. masukkan semua bahan dan uli doh sehingga tidak melekat. (untuk doh lebih cepat naik, satukan yis dan air suam, kacau, dan tutup sehingga ia berbuih.dalam 15 minit.)
2. setelah itu, masukkan doh ke dalam plastik yang bersih, dan picit2kan selama 5 minit. ini bertujuan untuk menjadikan doh menjadi lembut dan elastik.(petua dari www.jintanmanis.com)
3. kemudiankan, rehatkan doh dengan menggunakan plastic wrap atau tutup dengan kain lembab(basahkan kain dengan air suam). biarkan doh naik dua kali ganda. selepas itu, tumbuh doh yang sudah naik tadi (keluarkan angin)
4.  kemudian, bulatkan doh kepada bahagian2 kecil. rehatkan dalam 6 minit. selepas itu, bentukkan menjadi donut atau boleh gunakan pencetak donut.(banyak di kedai2 dan pasaraya.)
rehatkan sekali lagi doh sehingga naik dua kali ganda. selepas itu, bolehla di goreng sehingga keemasan dan angkat. 
5. untuk mengelakkan gula cair atau tidak lekat pada donut, pastikan donut yang telah di goreng berada dalam keadaan suam2 bila hendak mencampurkan dengan gula.

  donut ini lembut sampai ke malam

tq kak ros kerana berkongsi resepi. www.jintanmanis.com







 DONUT



Bahan2nya

1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sb susu tepung
1 1/2 sb gula
1 1/2 sb shortening
1/4 sk garam halus
100 ml air suam + 1 sk yis (kacau sampai berbuih@rendam dalam 30 minit)
Gula halus untuk salut donat

caranya
1. masukkan semua bahan dan uli sampai tidak melekit.
2. setelah itu, bentukkan doh (guna acuan lebih mudah)
3. rehatkan donut selama 40-60 minit @ ia mengembang 2 kali ganda.
4. goreng menggunakan api sederhana.
5. taburkan dengan gula.

resepi ni dari mat gebu,  http://tiffinbiru.blogspot.com tq kerana berkong resepi dengan sya.