Thursday, June 2, 2011

Assalamualaikum W.B.T n selamat sejahtera..hari ni sy cme update resepi2 lame je.. da lama btl sy tak buka blog.. x berkesempatan.. banyak sangat keje.. tp hari ni bermulalah sy bercuti, jadi dapatla update ape yg patut dan sempat. Minggu depan da keje smula, mmg tak berkesempatan nk update bloge lagi.. Kat bawah ni sy sempat jugala nk syer resepi kek lapis sarawak yg penah sy bt. tp maap ye, gambar x da.. hehe.. da hilang entah kemana.. tp resepi ni pn sy dapat dari buku resepi KEK LAPIS SARAWAK. jadi mmg banyak ada kt kedai.. hehehe..


KEK LAPIS AISKRIM KEJU

BAHAN A
20 biji kuning telor
6 biji putih telor
175 g gula halus
125 g tepung hong kong(ada di supermarket)
1 sb ovelette

BAHAN B
400 g mentega
4 sb susu pekat manis
1 sk esen vanila

BAHAN C
1 paket serbuk askrim vanila
250 g creme cheese
1 sk minyak lemon (sy ganti dengan olive oil)


CARA
1. pukul adunan A hingga ringan dan kembang. lepas 2 ketepikan.
2. pukul adunan B sampai kembang. kemudian campurkan bahan A,dan B. gaul sebati.
3. setelah itu, bagi adunan itu kepada 2 bahagian iaitu bahan C1, C2.
4. Untuk bahan C1, masukkan  serbuk aiskrim vanila, kemudian, bahagi adunan kepada 3 dan setiap satunya di campurkan dengan warna pilihan..  sy guna merah, kuning dan hijau.
5. untuk bahan C2 pula, campurkan dengan cream cheese dan minyak lemon. kemudian, bahagi kepada 2 bahagian iaitu untuk lapisan kek atas dan bawah.
6. sediakan acuan. ambil 1 bahagian C2 dan tuang nipis ke dalam acuan. bakar selama 3 minit dengan 250celcius
7. selepas itu, ulangi langkah 6 sehingga habis.
8. setelah itu, ambil adunan C1, tuang bahagian merah, kuning, dan hijau selapis demi selamis seperti langkah 6.
9. akhir sekali ambil 1 bahagian C2 dan ulang langkah 6.
10. setelah semua adunan habis, bakar 180 celcius selama 5 minit. kemudian keluarkan dan sejukkan.. selamat mencuba.

p/s.. semua lapisan perlu di bakar selama 3 minit kemudian baru di letakkan lapisan yang seterusnya..

No comments:

Post a Comment