SEAFOOD

IKAN KEMBUNG BAKAR 
CICAH AIR ASAM/SAMBAL KICAP
 
BAHAN2 IKAN
4 ekor ikan kembung
1 sb lada kering yang telah di kisar
1 sk cili padi yang di kisar
1 biji bawang merah di kisar
1 biji bawang putih di kisar
1 sk serbuk kunyit
sedikit belacan di kisar
gula dan garam secukupnya

caranya
1. perap ikan dengan semua bahan yang telah di kisar dalam setengah jam.
2. bakar ikan di dalam oven 180 celcius semala 15 minit. (bungkus dengan aluminum foil atau daun pisang)
3. setelah itu hidang bersama air asam/sambal kicap.

BAHAN2 AIR ASAM
1 biji bawang merah di potong dadu
4 biji cili padi dipotong
3 biji limau kasturi di ambil jusnya
1 sudu besar air asam jawa
sedikit belacan di bakar
gula dan garam secukupnya

CARANYA
campurkan semua bahan dan kacau sehingga belacan larut. sedia di hidang.

 
ada ikan goreng juga. sedap di makan ketika masih panas.


 TOM YAM CAMPUR


bahannya
10 ekor udang (di buang kulit)
1 ekor sotong besar (di hiris nipis)
1 keping dada ayam (di hiris nipis)
3 batang jagung muda (di hiris nipis)
1  batang lobak merah (potong ikut suka)
 5 biji limau kasturi diambil jusnya
2 batang serai di titik
1 inci halia di kisar
3 biji bawang merah di dikisar
1 biji bawang putih di kisar
3 batang cili kering di kisar
4-5 batang cili padi di kisar
sedikit belacan di kisar
4 batang cili padi tidak perlu dipotong
2 biji tomato di potong dua/empat
1 sb air asam jawa/1 keping asam keping
1 sb sos ikan/sos sotong
1sb sos perasa (sy guna jenama maggi)
air secukupnya
beberapa helai daun limau purut
garam secukup rasa

caranya
1. masukkan semua bahan yang telah di kisar dan serai ke dalam air
2. kemudian, masukkan lobak, jagung muda dan ayam.
3. setelah ayam empuk, masukkan sos ikan, sos perasa, garam, cili padi yang tidak di potong, dan juga jus limau. 
4. apabila air sudah menggelegak, masukkan pula udang dan sotong.pastikan udang dan sotong tidak ada lama di dalam periuk.(dalam 3-4 minit saja) akhir sekali masukkan tomato dan tutup api.
5.sedia di hidang


IKAN SWEET N SOUR

BAHANNYA
fish fillet
 4-5 biji bawang merah di kisar
2 biji bawang putih di kisar
3 batang cili kering di kisar
2-3 batang cili padi di potong dua
1 inci halia di tumbuk
1 batang timun di potong dadu
2 biji tomato di potong dadu
3/4 nanas dipotong dadu
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2-3 biji limau nipis di ambil jus
minyak,garam, gula secukupnya

CARANYA
1. potong ikan mengikut selera masing2.
2. masukkan semua bahan yang telah di kisar kedalam minyak yang telah di panaskan.
setelah itu, masukkan halia. masak sehingga bahan2 tadi naik bau. setelah itu, masukkan sos cili dan sos tomato.
3. kemudian, masukkan nanas dan timun. kacau sebati. selepas itu, masukkan perahan air limau, garam dan gula. akhir sekali masukkan ikan dan tomato. kacau sehingga ikan benar2 masak.(pastikan ikan jangan terlalu di kacau di dalam kuali, kerana ikan mudah hancur)
4. setelah itu, angkat ikan dan hidangkan.
 

UDANG SAMBAL


bahan2nya
500 g udang
4-5 biji bawang merah di kisar
2 biji bawang putih di kisar
8-9 batang cili kering di kisar
 1 inci halia di tumbuk/di titik
3-4 batang cili padi (jika ingin pedas)
1 keping asam keping/ 2 sudu air asam jawa
1/2 cawan air
sedikit belacan jika suka
gula
garam secukup rasa
minyak masak untuk menumis

caranya.
1. masukkan bahan yang telah di kisar, halia dan belacan ke dalam minyak panas, setelah naik bau,
masukkan air asam jawa dan air. masak sehingga pecah minyak.
2. setelah itu, masukkan gula dan garam.
3. bila sambal sudah masak, masukkan udang. (pastikan udang tidak terlalu lama di dalam kuali. untuk mengelakkan udang terlalu masak dan menjadi keras.)
setelah itu angkat dan boleh di hidangkan bersama nasi putih.