AYAM

grill chicken chop


bahan2nya

bahan ayam
1 keping dada ayam (untuk 2 org)
sos perasa
sos lada hitam

bahan sos
sos lada hitam
1 biji bawang besar
2-3 biji cendawan butang di hiris nipis

bahan salad
1 keping kelopak kobis manis
1/2 batang lobak merah
mayonis
1 sk lada sulah/lada hitam


cara2nya

1. perap ayam dengan sos perasa dan sos lada hitam. peram dalam 15 minit di dalam peti ais.(untuk mengekalkan kesegaran ayam) setelah siap diperap, bakar di atas dapur.
2. cincang kobis dan lobak. masukkan mayonis dan lada sulah. kacau sebati.
3. untuk sos, masukkan sos lada hitam, cendawan dan bawang besar yang telah dipotong dadu. masukkn sedikit air.
4.sedia dihidang mengikut citarasa sendiri..


selamat mencuba ! :)


AYAM GOLEK
bahan2nya

1 ketul dada ayam
1 sb jintan manis
2 sb ketumbar
4 biji bawang merah
1 biji bawang putih
2 batang cili merah
2 inci halia
1 inci  kunyit hidup
2 batang serai
1 inci lengkuas
garam dan gula secukup rasa
3 biji tomato
2 biji kentang
beberapa cendawan butang.

cara2nya

1. kisar jintan manis,ketumbar,bawang merah,bawang putih,batang cili merah,halia,kunyit hidup,batang serai,lengkuas. selepas itu, sapu pada dada ayam yang talah di bersihkan.
perap dalam 2-3 jam
2. setelah siap di perap, masukkan ayam ke dalam loyang. masukkan bersama kentang, tomato, dan juga cendawan yang telah di potong dadu.
3. selepas itu, titiskan minyak zaitun /minyak masak ke atas ayam. bakar dalam oven selama 45 - 60 minit 200 darjah Celsius.
4. setelah masak, hiaskan mengikut citarasa sendiri.



AYAM GORENG BEREMPAH


 Ayam goreng berempah ni sedap di makan dengan nasi panas dan juga nasi ayam penyek.

bahan2nya
ayam (lebih elok paha kalau nk buat ayam penyek)
5-6 cili kering
4-5 batang cili padi
1 sudu ketumbar
1 sudu jintan manis
1 inci halia
2 batang serai
3 biji bawang merah
2 sudu serbuk kunyit
2 sudu serbuk kari
gula
garam secukup rasa

cara2nya
1. kisar semua bahan.
2. rebus ayam sehingga empuk. apabila sudah empuk, toskan airnya.
3. masukkan semua bahan yang telah di kisar ke dalam ayam yang telah di rebus. perap selama 2-3 jam di dalam peti sejuk.
4. setelah itu goreng ayam dengan menggunakan minyak yang panas.
5. goreng dalam 3-4 minit sahaja. (hanya nk dapatkan kulit yang rangup.)
6. sedia dihidangkkan.


bahan untuk sos/ pencecah

1 biji tomato
1 inci halia
7-8 batang cili padi
gula
garam secukup rasa
1-2 biji limau kasturi

cara2nya

kisar semua bahan, setelah semua bahan hancur, perahkan pencecah dengan limau kasturi.