ROTI

SAUSAGES SWISS ROLL


bahan2
 
250g tepung low protein
1 sb susu tepung
11/2 sudu gula
1/2 biji telur (tinggal sedikit tuk sapukan pada atas roti)
11/2 shortening
100 ml air suam
3 g yis
2 sudu water roux
1 sk garam
1 sk esen vanila
sedikit bijan 
beberapa batang sausage
 

cara2nya
1.masukkan semua bahan dan uli sehingga tidak melekat. 
2. masukkan doh ke dalam plastik yang bersih dan picit doh tadi dalam 5-10 minit.(untuk mendapatkan doh yang lembut dan elastic )selepas itu, keluarkan dan uli seperti biasa.
3.  rehatkan doh selama 40 minit atau 2 kali mengembang.
4. selepas itu, canaikan doh dan gulung bersama sausage. sapukan telur di alas roti, dan tabur bersama bijan rehatkan sekali lagi selama 40-60 minit.
5. selepas itu, bakar selama 15-18 minit, 180 darjah Celsius.

terima kasih kepada www.jintanmanis.com kerana sudi berkongsi resepi kepada sya.  



SAUSAGE BREAD CRUMBS




bahan2
4 batang sausage
4 keping roti
2 biji telur
sedikit blackpaper
garam secukup rasa
bread crumbs secukupnya
minyak masak


caranya
1. canaikan 4 keping roti menjadi nipis.
2. gulungkan sausage bersama roti yang telah di canai.
3. celup roti yang telah digulung ke dalam bancuhan telur,garam dan blackpaper.
4. goreng diatas api sederhana.


PAU INTI KELAPA

 

bahan2nya

250 gram tepung pau
11/2sudu besar shortening ( lemak sayuran)
110ml air suam+ 1 sk garam
2 sb gula
1 sudu kecil baking powder
  2sudu besar water roux
2 sudu kecil yis

resepi water roux
25 gram tepung gandum
125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux
1. masukkan air dan tepung ke dalam kuali, masak sehingga likat dengan menggunakan api yang pelahan. angkat.
2. setelah sejuk, boleh digunakan.

cara2 membuat pau.
1. masukkan semua bahan, dan uli sehingga doh tidak melekit. rehatkan selama 40-60 minit dan di tutupi dengan kain.
2. setelah 40 minit, buat doh yang direhatkan tadi kepada bulat-bulat yang kecil. masukkan inti kedalam doh tersebut.
3. kemudian, rehatkan doh yang telah di masukkan inti tadi selama 1 jam sebelum di kukus.
4. kukus dalam 7-8 minit.(tutup pengukus hendaklah di letakkan kain bagi mengelakkan air terkena pau)
5. pau akan sentiasa lembut.

tq kak ros kerana berkongsi resepi ini.. jintanmanis.com






MINI BURGER

 
bahan2nya
roti bijan
2 cawan sudu tepung gandum
11 grm yis
150 ml air suam untuk merendam yis
3 sudu minyak / 2 sudu magerine
2 sb gula
garam secukup rasa
 inti@aksesori
slice cheese
salad
daging burger
tomato
timun
sos
blackpaper
mayonis

 

cara-caranya.

1. rendam yis bersama air selama 1 jam. 
2. masukkan tepung, minyak, gula dan garam ke dalam 1 bekas.
3. selepas 1 jam, masukkan yis yang telah di rendam kedalam tepung, gula, minyak dan garam. uli sehingga menjadi doh. jika doh lembik, boleh masukkan sedikit tepung.
4. setelah itu, rehatkan doh selama 1 jam dan doh mestilah ditutup dengan tuala lembab.
5. setelah 1 jam, bentukkan doh kepada bentuk bulat2 kecil, sapukan mentega diatas doh, dan tabur bijan (jika mahu), selepas itu masukkan ke dalam loyang.
6. panaskan oven dalam kadar 180 celsius dan bakar selama 15-20 minit.
7. setelah roti masak, sapukan di bahagian atas roti dengan magerine.
8. setelah bun sejuk, potong bun kepada 2 bahagian dan letakkan aksesori untuk burger. 






ROTI BULAT

 bahan2nya

8-9 sudu tepung gandum
11grm yis
1 cawan air
3 sudu minyak / 2 sudu magerine
2 sudu gula
garam secukup rasa

cara-caranya.

1. rendam yis bersama 1 cawan air selama 1 jam. 
2. masukkan tepung, minyak, gula dan garam ke dalam 1 bekas.
3. selepas 1 jam, masukkan yis yang telah di rendam kedalam tepung, gula, minyak dan garam. uli sehingga menjadi doh. jika doh lembik, boleh masukkan sedikit tepung.
4. setelah itu, rehatkan doh selama 1 jam dan doh mestilah ditutup dengan tuala lembab.
5. setelah 1 jam, bentukkan doh kepada bentuk bulat2 kecil dan masukkan ke dalam acuan. 
6. panaskan oven dalam kadar 180 celsius dan bakar selama 15-20 minit.
7. setelah roti masak, sapukan di bahagian atas roti dengan magerine.


funky mini chocolate doughnut

bahan2nya

1 paket yis (rendam dalam 1 cawan air suam selama 30-60 minit)
10 sb tepung gandum
2 sb gula
2-3 sb minyak masak
garam secukup rasa

cara2nya

1. ayak tepung gandum. selepas itu, masukkan gula, garam dan minyak. kacau sebati.
2. selepas itu, masukkan yis yang telah di rendam, ke dalam adunan tepung. masukkan air sedikit demi sedikit.
3. buat adunan tadi menjadi doh. selepas itu, rehatkan doh selama 1 jam dengan ditutupi kain lembab (di lembabkn dengan air suam)
4. setelah doh siap di rehatkan, bentukkan doh menjadi donut. (skang mudah blh guna acuan. macam2 saiz ada.)
5. goreng dengan api sederhana. apabila sudah siap, hiaskan mengikut selera masing2.

** peringatan
            - untuk kuantiti air ia bergantung kepada kuantiti tepung. oleh itu, di nasihatkan rendam yis dengan menggunakan air yang banyak. ini kerana, jika doh kekurangan, tepung, adunan td blh di tambah tepung, tetapi sekiranya kekurangan air, adunan tersebut tidak boleh di masukkan air lain. sbb ia akan menyebabkan doh tidak menjadi lembut.






PIZZA


bahan untuk kulit

1 paket yis (rendam dalam 1 cawan air suam selama 30-60 minit)
10 sb tepung gandum
2 sb gula
2-3 sb minyak masak
garam secukup rasa

bahan untuk bahagian atas

1 batang sosej di potong bulat
3-4 biji cendawan butang nipis
1 keping dada ayam di hiris nipis
1 mangkuk kecil sayur campur
3 sudu tomato puri atau sos spaghetti 
cheese mozzarella secukupnya
lada sulah
lada hitam

cara2nya

1. untuk lapisan bawah, prosesnya sama dengan membuat resepi donut saya http://era-homemade.blogspot.com/2011/01/donut.html
2. selepas adunan siap di rehatkan, canai adunan menjadi dalam  ketebalan 1.5cm(untuk menjadikan adunan lembut, uli sekali lagi adunan setelah ia direhatkan (uli sekejap). selepas itu. masukkan adunan tadi di dalam loyang atau pinggan pizza.
3. sebelum memasukkan bahan atasnya, pastikan adunan yang telah di masukkan ke dalam loyang di lobangkan2kan dengan penggunakan garfu.
4. selepas itu, sapu di atas adunan tadi dengan sos spaghetti.
5. susun semua bahan2 topping di atas lapisan adunan tadi. dan akhir sekali parut mozzarella cheese keatas topping. (sekiranya tiada boleh di telakkan dengan sedikit mayonis)