Friday, June 10, 2011

NASI AYAM BEREMPAH


recipe by sinchandakkote@yahoo.com

BAHAN2 NASI (untuk 2 orang)

2 cup beras (cup yg kecil @ 1 1/2 cawan)
2 cawan air (dari stok ayam yang di rebus)
garam secukup rasa.

cara2
masak nasi seperti nasi biasa. air bergantung jenis beras.

BAHAN SUP
1 keping dada ayam di hiris nipis
3 biji bawang merah di hiris
1 biji bawang putih di hiris
1 inci halia di titik
3 batang jagung muda
1 batang lobak merah
2 biji kentang di potong empat
1 biji sup bunjut (sy guna adabi)
1 ketul kiub sup (sy tak guna)
1 liter air
1/2 paket rempah ratus (1 paket kecil. yang dalamnya ada bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis)
garam dan minyak secukupnya.

cara2nya
1.  panaskan minyak, masukkan bawang merah, bawang putih, rempah ratus. goreng sampai naik bau. masukkan halia, selepas itu, masukkan air secukupnya.
2. masukkan kentang, lobak, jagung. dan ayam.
setelah mengelegak, masukkan garam dan boleh di hidangkan dengan menaburkan bawang kering jika suka.

BAHAN SAMBAL
6 batang cili padi
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
sedikit belacan bakar (jika suka)
2 biji tomato kecil / 1 biji tomato besar
2 biji limau kasturi diambil jusnya
air stok ayam secukupnya
garam dan gula secukupnya

cara2nya
kisar semua bahan dan sedia di hidang

BAHAN AYAM
4 ketul ayam (mana2 bahadian ayam boleh atau 1 ketul paha)
3 biji bawang merah di kisar
1 biji bawang putih di kisar
1 inci halia di kisar
1 sb ketumbar di kisar
1 sb jintan manis di kisar
1 sk serbuk kunyit
1 sk serbuk kari
2 batang cili kering di kisar
garam dan gula secukup rasa

cara2nya
1. rebus ayam sehingga empuk, air rebusan boleh digunakan untuk memasak nasi dan sambal.
2. toskan ayam dan campurkan dengan semua bahan yang telah di kisar, serbuk kunyit, kari dan gula serta garam.
3. perap dalam setengah jam (lebih elok dalam 2-3 jam jika ayam banyak)
4. setelah itu goreng dengan api yang panas. (tidak perlu lama menggoreng, sekadar bahagian luarnya garing dan keemasan.)
5.sedia di hidang.

No comments:

Post a Comment