Wednesday, March 23, 2011

SAUSAGE BREAD CRUMBS




bahan2
4 batang sausage
4 keping roti
2 biji telur
sedikit blackpaper
garam secukup rasa
bread crumbs secukupnya
minyak masak

caranya
1. canaikan 4 keping roti menjadi nipis.
2. gulungkan sausage bersama roti yang telah di canai.
3. celup roti yang telah digulung ke dalam bancuhan telur,garam dan blackpaper.
4. goreng diatas api sederhana.
SAUSAGES SWISS ROLL


bahan2
250g tepung low protein
1 sb susu tepung
11/2 sudu gula
1/2 biji telur (tinggal sedikit tuk sapukan pada atas roti)
11/2 shortening
100 ml air suam
3 g yis
2 sudu water roux
1 sk garam
1 sk esen vanila
sedikit bijan 
beberapa batang sausage

cara2nya
1.masukkan semua bahan dan uli sehingga tidak melekat. 
2. masukkan doh ke dalam plastik yang bersih dan picit doh tadi dalam 5-10 minit.(untuk mendapatkan doh yang lembut dan elastic )selepas itu, keluarkan dan uli seperti biasa.
3.  rehatkan doh selama 40 minit atau 2 kali mengembang.
4. selepas itu, canaikan doh dan gulung bersama sausage. sapukan telur di alas roti, dan tabur bersama bijan rehatkan sekali lagi selama 40-60 minit.
5. selepas itu, bakar selama 15-18 minit, 180 darjah Celsius.

terima kasih kepada www.jintanmanis.com kerana sudi berkongsi resepi kepada sya. 

Monday, March 14, 2011

pau inti kelapa


assalamualaikum W.B.T n selamat sejahtera.. hari ni saya nk kongsi resepi yg sy pelajari dari jintanmanis.com. tq kak ros. pau ni sangat lembut walaupn da sejuk. sy bt pau ni da banyak kali jugakla..cme kali ni je berkesempatan nk ambil gambar. pau ni di ambil sebelum di hantar ke rumah jiran2 berdekatan..
bahan2nya

250 gram tepung pau
11/2sudu besar shortening ( lemak sayuran)
110ml air suam+ 1 sk garam
2 sb gula
1 sudu kecil baking powder
  2sudu besar water roux
2 sudu kecil yis

resepi water roux
25 gram tepung gandum
125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux
1. masukkan air dan tepung ke dalam kuali, masak sehingga likat dengan menggunakan api yang pelahan. angkat.
2. setelah sejuk, boleh digunakan.


cara2 membuat pau.
1. masukkan semua bahan, dan uli sehingga doh tidak melekit. rehatkan selama 40-60 minit dan di tutupi dengan kain.
2. setelah 40 minit, buat doh yang direhatkan tadi kepada bulat-bulat yang kecil. masukkan inti kedalam doh tersebut.
3. kemudian, rehatkan doh yang telah di masukkan inti tadi selama 1 jam sebelum di kukus.
4. kukus dalam 7-8 minit.(tutup pengukus hendaklah di letakkan kain bagi mengelakkan air terkena pau)
5. pau akan sentiasa lembut.

tq kak ros kerana berkongsi resepi ini.. jintanmanis.com