Monday, March 14, 2011

pau inti kelapa


assalamualaikum W.B.T n selamat sejahtera.. hari ni saya nk kongsi resepi yg sy pelajari dari jintanmanis.com. tq kak ros. pau ni sangat lembut walaupn da sejuk. sy bt pau ni da banyak kali jugakla..cme kali ni je berkesempatan nk ambil gambar. pau ni di ambil sebelum di hantar ke rumah jiran2 berdekatan..
bahan2nya

250 gram tepung pau
11/2sudu besar shortening ( lemak sayuran)
110ml air suam+ 1 sk garam
2 sb gula
1 sudu kecil baking powder
  2sudu besar water roux
2 sudu kecil yis

resepi water roux
25 gram tepung gandum
125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux
1. masukkan air dan tepung ke dalam kuali, masak sehingga likat dengan menggunakan api yang pelahan. angkat.
2. setelah sejuk, boleh digunakan.


cara2 membuat pau.
1. masukkan semua bahan, dan uli sehingga doh tidak melekit. rehatkan selama 40-60 minit dan di tutupi dengan kain.
2. setelah 40 minit, buat doh yang direhatkan tadi kepada bulat-bulat yang kecil. masukkan inti kedalam doh tersebut.
3. kemudian, rehatkan doh yang telah di masukkan inti tadi selama 1 jam sebelum di kukus.
4. kukus dalam 7-8 minit.(tutup pengukus hendaklah di letakkan kain bagi mengelakkan air terkena pau)
5. pau akan sentiasa lembut.

tq kak ros kerana berkongsi resepi ini.. jintanmanis.com

No comments:

Post a Comment