KEK

KEK KUKUS HAWFLAKES


bahan2nya

5 biji telor yang sejuk (yg di simpan dari peti ais)
1 1/4 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum yg telah di ayak
1 sk baking powder
2 sb ovalette 
150 susu cair
1sk minyak masak
1 sk esen vanila
pewarna mengikut citarasa
hawflakes (secukupnya)

cara2nya

1. masukkan semua bahan di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
2. pukul adunan hingga sebati dan gebu.selepas itu masukkan minyak masak dan gaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
3. sapukan loyang dengan minyak.
4. masukkan lapisan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
5. Buat hingga habis adunan habis. lapis satu persatu. Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
6. Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian tebalikkan ke atas dulang.

resepi ni dari kak ros. http://www.jintanmanis.com


Chocolate Bottom Banana Square




bahan2nya

1/2 cawan butter
1 cawan gula
1 biji telur
1 sk esen vanila
1 1/2 cawan pisang lenyek (lebih kurang 3biji )
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk baking soda
1/2 sudu teh garam
1/4 cawan serbuk koko 
1 cawan chocolate chips dan badam

cara2nya


1.      MANGKUK A
          pukul butter dan gula. Masukkan telur, esen vanila dan juga pisang lenyek. Pukul sebati.
2.      MANGKUK B, 
          satukan tepung, baking powder, soda dan juga garam. Ayak dan masukkan ke dalam adunan mangkuk A.
3.      Bahagikan kepada 2 bahagian. Masukkan satu bahagian dengan serbuk koko dan kacau rata. Griskan loyang 9 x 13-inci.. Tuang adunan secara berselang seli. Taburkan choc-chips dan badam.
4.      Bakar suhu 170 selama 30min atau hingga masak. Sejukkan dan potong 24 square.

resepi ni dari kak ros. http://www.jintanmanis.com. tp sy ubah sikit.


KEK COKLAT KUKUS 


bahan2nya

1 cawan gula perang
1 cawan susu segar perisa coklat
1 cawan minyak
3/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder 
1 sudu esen vanila
3 biji telur 

cara2nya 

1. ayak tepung gandum, serbuk soda bikarbonat dan baking powder.
2. setelah itu, masukkan gula perang,susu segar, minyak, sebuk koko, dan susu pekat manis kedalam periuk. masak di atas api pelahan. masak hingga gula cair.
3. putar telor sehingga kembang, dan masukkan bahan yang telah di masak ke dalam bancuhan telor. masukkan esen vanila.kacau pelahan2.
4.setelah itu masukkan tepung sedikit demi sedikit da kacau pelahan sehingga sebati.
5. setelah itu, masukkan ke dalam acuan dan tutup acuan dengan foil. masak selama 1 jam.
6. untuk topingnya, masak coklat masakkan (double boil) dan curahkan ke atas kek yang telah di sejukkan. hias mengikut citarasa anda..
7. sedia di hidang.. 

selamat mencuba..

 Cheese Chiffon Cake

  bahan2nye
4 keping cheese (kraf - jenama lain pn boleh )
200 ml susu segar
70 grm magerine
70 grm gula
4 biji telor
1 sudu teh esen vanila

cara2nya
1. carik2kan cheese selepas itu, masukkan cheese dalam susu. selapas itu, masukkan dalam periuk dan masak dengan menggunakan api pelahan sehingga cheese cair.
2. selepas itu, masukkan magerine dan kacau sampai larut dan tutup api.
3. dalam bekas lain, asingkan putih telor dan kuning telor. pukul putih telor jadi merigue (cara nk tahu, masa kita terbalikkan adunan, adunan tidak meleleh)
4. dalam bekas lain, pukul kuning telor sampai kembang dan masukkan adunan cheese selepas itu masukkan tepung.
5. akhir sekali, campurkan merigue sedikit demi sedikit ke dalam adunan kuning telor. guna kaedah kaup balik. selepas itu masukkan esen vanila.
6. masukkan ke dalam acuan. dan bakar. cara bakar berbeza sedikit.
7. semasa membakar, pastikan acuan berada di atas dulang yang berisi air. dalam masa 20 minit, bakar dalam kadar 170 darjah Celsius dan selepas itu, turunkan suhu kepada 140 dan bakar selama 40 minit.

inila hasilnya.. selamat mencuba..


Marble Chiffon Cake


bahan-bahannya


4 biji telur (saiz A) kalau saiz lain pn boleh, cme tambahkan jumlahnye.
100 gram gula
100 gram tepung gandum
4 sudu besar minyak masak
4 sudu besar susu segar@air
1 sudu esen vanila

Cara-caranya

1. mula2 asingkan putih dan kuning telur, setelah itu,putar putih telur hingga berbuih dan masukkan 80 gram gula, pukul sampai jadi merigue, (putih & bila kita angkat guna sudu, dia x meleleh / menitik) ketepikan.
2. Kemudian putar pula kuning telur bersama lebihan gula dan susu, putar sampai kembang, masa ni nak pakai handwhisker pun boleh, Setelah kembang masukkan tepung dan kacau sebati.
3. Selepas itu masukkan meringue sedikit demi sedikit dan guna cara kaup balik iaitu kaup adunan dari bawah ke atas, ulang langkah tadi pelahan2 sehingga meringue habis, pastikan semua sebati dan akhir sekali baru masukkan minyak masak, kacau lagi. (mesti guna kaup balik adunan, sbb klu kita guna mix, adunan tadi akan jadi cair dan x gebu.)
4. Bahagi adunan kepada 3 bahagian (ikut suka berapa warna yg nk di cadangkan)dua bahagian di warnakan dengan warna merah dan hijau dan satu lagi biarkan warna asal, Tuang berselang seli aduanan merah, hijau dan warna asal dan akhir sekali ambil lidi satay atau garpu dan gerakkan adunan tadi perlahan, bakar pada suhu 160 darjah selama 20 minit. (utk mengetahui kek betol2 masak, guna hujung penyucuk satay, dan cucuk ke bahagian tengah kek, kalau masa kita tarik, die x melekat, maknanya, kek tu masak dengan sempurna.)
5. Setelah kek masak, bolehla dihidangkan..

resepi ni dari kak ros. http://www.jintanmanis.com