NASI


recipe by sinchandakkote@yahoo.com


BAHAN2 NASI (untuk 2 orang)

2 cup beras (cup yg kecil @ 1 1/2 cawan)
2 cawan air (dari stok ayam yang di rebus)
garam secukup rasa.

cara2
masak nasi seperti nasi biasa. air bergantung jenis beras.

BAHAN SUP
1 keping dada ayam di hiris nipis
3 biji bawang merah di hiris
1 biji bawang putih di hiris
1 inci halia di titik
3 batang jagung muda
1 batang lobak merah
2 biji kentang di potong empat
1 biji sup bunjut (sy guna adabi)
1 ketul kiub sup (sy tak guna)
1 liter air
1/2 paket rempah ratus (1 paket kecil. yang dalamnya ada bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis)
garam dan minyak secukupnya.

cara2nya
1.  panaskan minyak, masukkan bawang merah, bawang putih, rempah ratus. goreng sampai naik bau. masukkan halia, selepas itu, masukkan air secukupnya.
2. masukkan kentang, lobak, jagung. dan ayam.
setelah mengelegak, masukkan garam dan boleh di hidangkan dengan menaburkan bawang kering jika suka.

BAHAN SAMBAL
6 batang cili padi
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
sedikit belacan bakar (jika suka)
2 biji tomato kecil / 1 biji tomato besar
2 biji limau kasturi diambil jusnya
air stok ayam secukupnya
garam dan gula secukupnya

cara2nya
kisar semua bahan dan sedia di hidang

BAHAN AYAM
4 ketul ayam (mana2 bahadian ayam boleh atau 1 ketul paha)
3 biji bawang merah di kisar
1 biji bawang putih di kisar
1 inci halia di kisar
1 sb ketumbar di kisar
1 sb jintan manis di kisar
1 sk serbuk kunyit
1 sk serbuk kari
2 batang cili kering di kisar
garam dan gula secukup rasa

cara2nya
1. rebus ayam sehingga empuk, air rebusan boleh digunakan untuk memasak nasi dan sambal.
2. toskan ayam dan campurkan dengan semua bahan yang telah di kisar, serbuk kunyit, kari dan gula serta garam.
3. perap dalam setengah jam (lebih elok dalam 2-3 jam jika ayam banyak)
4. setelah itu goreng dengan api yang panas. (tidak perlu lama menggoreng, sekadar bahagian luarnya garing dan keemasan.)
5.sedia di hidang.

NASI JAGUNG



bahan2nya

2 cawan beras (4)
air (mengikut jenis beras)
rempah ratus (1 p. kecil)
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
2 sudu margarine
minyak untuk menumis
1/2 tin jagung dalam tin
garam secukup rasa.

cara2nya.
1. cuci dan toskan beras.
2. tumis bawang merah, bawang putih dan rempah ratus, setelah itu masukkan beras dan air secukupnya.
3. apabila nasi separuh masak, masukkan jagung dan margarine dan masukkan garam secukup rasa.
4. nasi sedia untuk di hidang.

NASI AMBANG
inilah makanan org jawa.. sepatutnya di letak dalam talam besar. tapi ni hanya tuk makan bedua je, so tepaksela makanan ni masuk dalam mangkuk.. hehe..
sambal goreng

bahan2nya

2 keping tauhu di goreng
2 keping tempe di goreng
2 biji tauhu di goreng
tauhu kering di rendam
suhun di rendam
ikan bilis di kisar
udang kering di kisar
hati ayam di goreng
bedal ayam di goreng
1 biji bawang besar di kisar
2 biji bawang putih di kisar
3-4 lada kering di kisar
3-4 lada kering di potong halus
kicap secukup rasa
sos perasa
garam
gula

cara2nya

1. tumis semua bahan yang telah di kisar.
2. masukkan kicap, sos perasa, gula, garam
3. masukkan suhun dan tauhu kering.
4. masukkan semua bahan yang telah di goreng. kacau sebati.
5. akhir sekali masukkan lada kering yang telah dipoteng halus2. kacau hingga sebati. dan boleh di hidang.


 serunding kelapa




bahan2nya


5 sb udang kering *
2 biji bawang besar *
6 ulas bawang putih *
2sb ketumbar kisar *
2 sb jintan manis kisar *
500 gram kelapa ( saya pakai kelapa kering )
2 serai (titik)
sebesar ibu jari lengkuas (titik )
garam dan gula secukupnya
1 1/2 cawan air asam jawa 

Cara-cara 

1. kisarkan bahan bertanda *
2. tumis bahan2 bertanda *,ketumbar dan jintan yg telah dikisar
    masukkan juga serai dan lengkuas yg telah dititik (ditumbuk)
3. tumis sehingga naik wangi
4. masukkan air asam jawa
5. kemudian masukkan garam dan gula secukupnya
     6.akhir sekali masukkan kelapa dan goreng sehingga kering






 sayur goreng

bahan2nya


kacang panjang
kobis manis
hati yg telah di goreng
badal yang telah di goreng
tauhu yang telah di goreng
suhun
bawang merah
bawang putih
cili merah

cara2nya

1. goreng bawang merah, bawang putih dan cili merah sehingga naik bau.
2. masukkan semua sayuran.
3. akhir sekali masukkan tauhu, hati, badal dan suhun.
4. bahan2 ikut pada berapa org yg nak makan.

mi goreng

masak seperti mi goreng biasa.

akhir sekali masukkan dalam talam bulat, dan susun makanan.