AGAR-AGAR OREN
bahannya
1liter air
500 ml jus oren
100 g gula
40grm agar-agar
4-6 biji limau Sunkist saiz besar
cara2nya
- potong limau sedikit di bahagian atasnya.kemudian, ambil isinya.(kosongkan isi limau, biar tinggal kulit sahaja)
- isi yang telah dikeluarkan tadi, kisar untuk mendapatkan jusnya.
- setelah itu, masukkan agar-agar,gula, dan jus kedalam 1 liter air, masak sehingga agar2 kelihatan pekat.
- apabila agar2 sudah masak, masukkan agar2 ke dalam limau yang telah di buang isinya.
- masukkan kedalam peti ais selama 1 jam, dan apabila agar2 sudah keras, boleh dihidangkan. agar2 akan kelihatan seperti buah limau apabila dipotong.
puding pandan bersos kastard
puding
bahan2nya
90grm agar-agar (agar-agar kotak perisa pandan)
400ml air
100ml susu cair
cara2nya
1. masukkan semua bahan2 ke dalam periuk.
2. masak agar-agar sehingga sedikit pekat.
3.setelah masak, masukkan ke dalam acuan dan sejukkan.
sos kastard
bahannya
50ml susu cair
50ml air
1 1/2 tepung kastard di campur dengan 50ml air
caranya
1. masukkan susu cair dan air di dalam periuk. masak sehingga mendidih.
2. setelah itu, masukkan tepung kastard yang telah di campurkan dengan air. masukkan sedikit demi sedikit. pastikan kastard tidak terlalu pekat bila di kacau.
3. setelah siap, curah ke atas puding tadi.
agar - agar lapis
bahan2nya
1 bungkus agar-agar
4-5 sudu besar susu tepung
4-5 sudu milo
1 cawan gula
2 liter air
cara2nya
1. masukkan agar-agar dan gula ke dalam air. masak sehingga agar - agar sedikit likat.
2. setelah itu, bahagi agar-agar kepada 2 bahagian.
3. bahagian yang pertama masukkan susu tepung. kacau hingga sebati dan masukkan ke dalam peti air dalam 15-20 minit.
4. sementara tunggu bahagian pertama sejuk, bahagian kedua perlu berada di atas dapur dengan api yang kecil.
5. setelah bahagian pertama keras, keluarkan dari acuan, setelah itu masukkan bahagian kedua yang mengandungi milo ke dlam acuan tadi. sejukkan ke dalam peti ais. pastikan bahagian kedua ini tidak terlalu keras. biarkan ia dalam 10 minit di dalam peti ais.(hanya untuk sejukkan bahagian kedua)
6. setelah bahagian kedua sedikit sejuk, lapiskan bahagian yang pertama ke atas bahagian kedua. masukkan ke dalam peti ais semula. dan tunggu sehingga agar-agar itu cukup keras dan sedia di hidang.