Monday, January 31, 2011

ayam golek

bahan2nya

1 ketul dada ayam
1 sb jintan manis
2 sb ketumbar
4 biji bawang merah
1 biji bawang putih
2 batang cili merah
2 inci halia
1 inci  kunyit hidup
2 batang serai
1 inci lengkuas
garam dan gula secukup rasa
3 biji tomato
2 biji kentang
beberapa cendawan butang.

cara2nya

1. kisar jintan manis,ketumbar,bawang merah,bawang putih,batang cili merah,halia,kunyit hidup,batang serai,lengkuas. selepas itu, sapu pada dada ayam yang talah di bersihkan.
perap dalam 2-3 jam
2. setelah siap di perap, masukkan ayam ke dalam loyang. masukkan bersama kentang, tomato, dan juga cendawan yang telah di potong dadu.
3. selepas itu, titiskan minyak zaitun /minyak masak ke atas ayam. bakar dalam oven selama 45 - 60 minit 200 darjah Celsius.
4. setelah masak, hiaskan mengikut citarasa sendiri.

No comments:

Post a Comment