Saturday, January 1, 2011

Marble Chiffon Cake

assalamualaikum W.B.T n selamat sejahtera.. hari ni sy nk tunjuk kek yg saya pelajari n yg da di tukar sedikit resepinya..

bahan-bahannya


4 biji telur (saiz A) kalau saiz lain pn boleh, cme tambahkan jumlahnye.
100 gram gula
100 gram tepung gandum
4 sudu besar minyak masak
4 sudu besar susu segar@air
1 sudu esen vanila

Cara-caranya

1. mula2 asingkan putih dan kuning telur, setelah itu,putar putih telur hingga berbuih dan masukkan 80 gram gula, pukul sampai jadi merigue, (putih & bila kita angkat guna sudu, dia x meleleh / menitik) ketepikan.
2. Kemudian putar pula kuning telur bersama lebihan gula dan susu, putar sampai kembang, masa ni nak pakai handwhisker pun boleh, Setelah kembang masukkan tepung dan kacau sebati.
3. Selepas itu masukkan meringue sedikit demi sedikit dan guna cara kaup balik iaitu kaup adunan dari bawah ke atas, ulang langkah tadi pelahan2 sehingga meringue habis, pastikan semua sebati dan akhir sekali baru masukkan minyak masak, kacau lagi. (mesti guna kaup balik adunan, sbb klu kita guna mix, adunan tadi akan jadi cair dan x gebu.)
4. Bahagi adunan kepada 3 bahagian (ikut suka berapa warna yg nk di cadangkan)dua bahagian di warnakan dengan warna merah dan hijau dan satu lagi biarkan warna asal, Tuang berselang seli aduanan merah, hijau dan warna asal dan akhir sekali ambil lidi satay atau garpu dan gerakkan adunan tadi perlahan, bakar pada suhu 160 darjah selama 20 minit. (utk mengetahui kek betol2 masak, guna hujung penyucuk satay, dan cucuk ke bahagian tengah kek, kalau masa kita tarik, die x melekat, maknanya, kek tu masak dengan sempurna.)
5. Setelah kek masak, bolehla dihidangkan..

resepi ni dari kak ros. http://www.jintanmanis.com

No comments:

Post a Comment