Saturday, January 8, 2011

ayam goreng berempah


 Ayam goreng berempah ni sedap di makan dengan nasi panas dan juga nasi ayam penyek.

bahan2nya
ayam (lebih elok paha kalau nk buat ayam penyek)
5-6 cili kering
4-5 batang cili padi
1 sudu ketumbar
1 sudu jintan manis
1 inci halia
2 batang serai
3 biji bawang merah
2 sudu serbuk kunyit
2 sudu serbuk kari
gula
garam secukup rasa

cara2nya
1. kisar semua bahan.
2. rebus ayam sehingga empuk. apabila sudah empuk, toskan airnya.
3. masukkan semua bahan yang telah di kisar ke dalam ayam yang telah di rebus. perap selama 2-3 jam di dalam peti sejuk.
4. setelah itu goreng ayam dengan menggunakan minyak yang panas.
5. goreng dalam 3-4 minit sahaja. (hanya nk dapatkan kulit yang rangup.)
6. sedia dihidangkkan.


bahan untuk sos/ pencecah

1 biji tomato
1 inci halia
7-8 batang cili padi
gula
garam secukup rasa
1-2 biji limau kasturi

cara2nya

kisar semua bahan, setelah semua bahan hancur, perahkan pencecah dengan limau kasturi.

No comments:

Post a Comment